Tahun ni merupakan tahun yang agak sukar bagi aku, menguji mental dan fizikal.
Tahun ni juga la aku ade hilang best friend aku..hampir hilang lagi sorang best friend aku..relationship aku hamper putus..tempat kerja kene transfer..fuh!!! Its so damn lots to take on..
At some point I even broke to tears...rasa give up giler..tak bole nak teruskan..Its feels like the whole world brought me down to my knee, rasa macam takde tempat untuk mengadu coz semua orang pon ade masalah diaorang sendiri dan aku pon tak suka untuk bebankan orang lain.But the pain still creeps in, tapi aku tak boleh nak give up sebab aku banyak tanggungjawab yang aku kene pikul..sebagai seorang abang dan anak..so nak tak nak aku kene teruskan jugak la..hanya satu je yang sering bermain dalam kepala aku waktu, yang memberi aku semangat dan terus melangkah, iaitu janji Allah s.w.t
Bila di datangi ujian yang berat sikit manusia mula lemah,putus asa sedangkan Allah dah janji dalamm Al-Quran bahawa dia tak akan menimpakan suatu kesusahan terhadap hambanya melainkan kita mampu menampungnya. Kadangkala kita terlalu meletakan kebahagian kita pada manusia, dan bila Allah tarik dia daripada kita, kita jadi patah hati kecewa dan sebagainya walhal kita lupa bahawasanya Allah tu maha kuasa dan sentiasa mendengar rintihan dan doa kita, hanya kita yang sombong.
Alhamdulillah, aku berjaya melalui segala ujian ni, dan benar kata Allah disebalik setiap kesusahan ada kesenangan dia sebaliknya. Dia tarik manusia yang kau sayang, tapi dia berikan aku semangat untuk bergantung pada diri sendiri, aku diuji di tempat kerja tapi Allah bagi aku ganjaran yang lebih bermakna, aku hampir hilang seorang sahabat yang aku da anggap macam adik beradik aku sendiri sebab kan ego aku..tapi dia kembalikan ikatan persahabatan kami..Allah maha mengetahui segala apa yang terjadi adalah ketentuanNya jangan kita sekali mempersoal..terima dengan hati yang tabah Insya Allah ketenangan pasti akan datang, terima kasih sahabat kerana masih bersama aku..
Sebelum ni aku rasa aku lah manusia paling cepat move on..paling cepat lupa..tapi hakikatnya tidak, aku tak kan pernah move on..setiap yang berlaku masih terpahat dalam kepala aku, aku tak kan lupa, tapi bukanlah bermakna aku akan terus meratap dengan masa silam aku..tidak. Aku mahukan semua kenangan aku menjadi sama ada kenanan yang terindah atau pengajaran yang bermakna..aku tak kan move on..aku akan simpan segalanya...terima kasih
terima kasih teman...